BEDAK TALKUM PENYEBAB KANSER OVARI?
Hal ini banyak disebut dalam internet. Saya menyokong CAP sebagai badan NGO yang aktif melindungi hak pengguna. Namun ada kalanya ia agak keterlaluan.
Apabila CAP mengatakan mengatakan bedak talkum menyebabkan kanser ovari, saya ingin bertanya 'dakwaan ini berdasar kajian yang mana? Statistik mana yang digunakan?".
Ini adalah kaeadah biasa yang digunakan sebelum kita sebagai profesional atau badan yang berwibawa mendakwa sesuatu perkara.
Dalam internet ramai yang mendakwa meletakkan bedak talkum di celah peha akan menyebabkan serbuk bedak itu akan masuk ke faraj dan seterusnya ke rahim dan ovari, lalu merangsangkan pembentukan kanser ovari... saya agak septikal dengan cerita sebegini.
Janganlah kita ambil sumber dari internet yang ditulis oleh entah siapa (terutama orang barat) sebagai rujukan kita saja.
Walau bagaimana pun saya setuju jika ada yang mengatakan bahawa bedak talkum sebenarnya tidak memainkan peranan yang besar dalam mengeringkan kawasan tubuh yang lembab.
Jika digunakan pada tengkuk dan muka, boleh merangsang asthma pada sesetengah bayi yang sangat sensitif pada habuk.
Untuk mengeringkan bayi selepas mandi, gunakan kain yang lembut dan kering sudah cukup.
Ramai yang menggunakan bedak talkum ini kerana baunya yang sedap dan wangi.
Saya mengucapkan tahniah pada CAP kerana memainkan peranannya, cuma mohon diperiksa dahulu setiap kenyataan dan dakwaan sebelum dikeluarkan bagi mengekalkan sebagai badan yang berwibawa.
Wallahu a'lam

Sumber; Fb Dr Zubaidi Hj Ahmad
0 comments:
Post a Comment