Sunday, March 23, 2014
0 comments

99 Tips dan Petua Tawan Hati Suami

10:50 AM

Semua petua yg tertera di bawah ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yang boleh dipraktikkan oleh isteri dan bakal isteri. Petua tersebut ialah :

1. Berdoa agar disayangi. Selain kita berusaha membina keluarga yang bahagia, Sentiasa berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita adalah cara yang terbaik kita lakukan terutamanya selepas solat.

2. Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yg sesuai). Kalau suami tengah penat atau kelihatan tertekan, janganlah pula kita sebagai isteri menambahkan lagi stress mereka dengan bertanya soalan-soalan yang menjengkelkan.

4. Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting adalah simpati.

6. Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.

7. Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.

8. Masak makanan kegemaran suami.

9. Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya. Janganlah dikutuk suami sebab perut dah boroi ke, rambut tak kemas ke , nanti kecil hati si suami. ^_^

10. Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.

11. Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjanya.

12. Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.

13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat,ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

14. Bila suami meminta bantuan,buatlah dengan serta-merta dengan ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik 2 kali sehari. Contohnya, I love you, suamiku, ibu sayang ayah sangat-sangat dan macam-macam lagi.

16. Jika marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jangan salahkan suami.

17. Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.

18. Bila memesan barang kepada suami yang ke kedai,senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua tiga kali.

19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

21. Telefon suami di tempat kerja hanya bila penting.Telefon dengan kerap jika suami suka.

22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia pulang.

23. Jangan ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.

24. Bila suami marah,jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.

25. Bila meminta bantuan suami: Terangkan kepada suami mengenai kerja rumah yang memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.

26. Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jangan pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yang anda cuma risau.

27. Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama. Janganlah si isteri agak comot di rumah, rambut tak terurus dan memakai pakaian lusuh atau yang tak menyelerakan. Hehe

28. Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dengan org lain.

29. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jangan berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

30. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.

31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

32. Jangan menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.

34. Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.

35. Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.

36. Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.

37. Cepat bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.

38. Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.

39. Lebihkan suami daripada anak-anak. Kadang-kadang, si isteri dah terlupa suami bila dah bersama anak-anak sehingga kebajikan dan hal suami pun tak terurus dengan alasan sibuk melayan anak-anak. Si isteri kena pandai membahagikan masa untuk anak-anak dan suami.

40. Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang, kasut, cermin mata hitam, dan sebagainya.

41. Tolong suami mencuci kereta, potong rambut dan sebagainya.

42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.

43. Pergi dating atau berbulan madu.

44. Jika suami melakukan kesilapan, jangan tempelak atau pulangkan paku buah keras.

45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

46. Selalu urut suami. Kalau boleh, si isteri perlu belajar cara melakukan urutan-urutan yang berkesan dan selesa untuk suami. Mesti suami lebih kagum dan rasa nak bersama dengan isteri je. ^_^

47. Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.

48. Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.

49. Layan suami seperti semasa berkawan dulu.

50. Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.

51. Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.

52. Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.

53. Bacakan berita yang menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.

54. Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.

55. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat biasa.

56. Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.

57. Cuba masak masakan paling sedap untuk suami setiap masa. Jangan paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.

58. Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya. Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.

59. Jangan dera suami fizikal dan batin.

60. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan suami,orang yang ditemui dan sebagainya.

61. Beri tindak balas positif jika suami bercerita. Janganlah kita buat layan, tak layan. Kesian si suami.

62. Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.

63. Masuk tidur serentak dengan suami. Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.

64. Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.

65. Ketawa bila suami berlawak atau bercerita kisah lucu.

66. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.

67. Cari masa untuk berdua-duaan.

68. Lakukan riadah bersama suami.

69. Pergi berkelah sekali-sekala.

70. Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dalam pengetahuannya atau tidak).

71. Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.

72. Berikan apa yang dihajati suami.

73. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

74. Buat kuih kegemaran suami sekali-sekala.

75. Lakukan ibadah bersama. Terbaik suami menjadi imam ketika solat.

76. Jangan menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.

77. Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu untuk isteri.

78. Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.

79. Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.

80. Bila suami meminta maaf,terima dengan kasih sayang. Jangan jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.

81. Tunjukkan keseronokan bila berjimak dengan suami.

82. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yang dia lupa di mana letaknya.

83. Nyatakan dengan lemah lembut kepada suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.

84. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.

85. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

86. Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.

87. Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan.

88. Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.

89. Jangan cabar suami.

90. Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.

91. Jangan suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.

92. Jangan ingkar mengenai apa yang telah dipersetujui. Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.

93. Banyak suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri.Oleh itu isteri perlu ‘membaca’ perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kepada isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kepada isteri.Hanya ‘suami bermasalah’ sahaja tidak sayangkan isteri.

94. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.

95. Cemburu tanda sayang.Namun jangan terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.

96. Untuk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.

97. Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat untuk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.

98. Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.

99. Doa dan tawakal kepada ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top