Thursday, January 16, 2014
0 comments

Tips Mengurangkan Monster Anak Anda

10:39 PM

Ketahuilah bila anak kecil di bawah usia 3 tahun mengamuk dan membaling dan memukul-mukul anda atau menghentak-hentakkan kepalanya...itu tandanya dia sendiri sedang tenggelam di dalam Monster yang terbit dari dirinya.

Jika anda marah, monster itu akan terus hidup dan menyemarakan amarahnya. Jika api merebak, anda tidak akan meniup angin ke arah api itu bukan?

Marah adalah ibarat api dan memang disuntik oleh Iblis yang berasal dari api. Itu sebabnya memarahi, memukul dan menyuruh diam dengan sangat kasar bukan jawapan yang tepat

Ada perlu fikirkan, apakah yang boleh memadamkan 'api'? Ya, air! Apakah air di dalam komunikasi? Bacaan DOA yang menghasilan sabar dan ketenangan. Maka bacalah dan ambil air dan perlahan-lahan sapukan pada muka anak yang sedang mengamuk sambil membacakan doa dan menyebut anda sayangkan dia. Urut badannya dengan kelembutan tangan mu. Ini akan mengurut emosinya dan menenangkan Monster itu untuk kecil menjadi anak kucing yang jinak.

NAMUN, ada satu syarat penting untuk ini berjaya. Dan inilah yang sering ibu bapa terlepas pandang. Di hati anda mesti bersangka baik dengan anak anda. Dia mengamuk begini bukan sebab dia sengaja hendak berperangai buruk dan mahu menyusahkan anda. Ada sesuatu yang tidak kena dan dia cuba memberitahu.

Jika ada orang menyuruh anda menengking atau memukul anak anda yang masih kecil itu dan mengatakan jangan dibiarkan nanti dia, nanti jadi lenja, ternyata orang itu belum faham psaikologi kanak-kanak dan belum mengkaji cara Rasulullah mendidik kanak-kanak.

Oleh itu, berpendirian tegaslah dalam membantu anak anda mengatasi monster itu dengan tenaga sabar, tenang dan penuh kasih-sayang.
 
cc: Prof. Dr. Rozieta Shaary
 

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
Top