Lelaki. Ada yang sekali dia petik jari, berduyun perempuan datang padanya. Ada yang dah puas, macam-macam cara dicuba untuk memikat hati gadis idaman, tak juga dapat-dapat. Siap ada yang juga yang dah mandi bunga. Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan perlu berusaha, selebihnya serahkan pada-Nya. Bercakap tentang memikat wanita, setiap orang punya strategi masing-masing.
Sebelum dapat, memang akan cakap. “apa saja untukmu”. Sebetulnya, wanita tak mengharapkan anda melakar namanya di langit biru atau menempah iklan semata-mata untuk menyatakan anda cintakan dia. Cukup sekadar membuat hatinya gembira dengan itu secara tak langsung akan terbitnya bahagia.Berikut cara paling efektif untuk memikat wanita buat arjuna-arjuna “DTPM” (ditolak tapi pantang menyerah). Memang, tak ada siapa pun yang sempurna di dunia ni, tapi mungkin tips ni boleh buat anda sempurna di mata dan hati si dia.
1.Dah dapat nombor telefon atau dah add twitter atau facebook. Mulakan langkah pertama sebagai kawan dulu (pelan-pelan kayuh…). Perempuan tak suka lelaki terburu-buru atau bahasa lainnya, gelojoh.
2.Wanita sukakan perhatian. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Selalulah telefon, SMS, email dan sebagainya untuk bertanyakan khabar atau paling tidak Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati anda. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
3.Terima dia seadanya juga cuba memahami dan ambil tahu apa yang digemari dan disukainya. Bila rasa anda berdua punya keserasian dan dah kenal hati budi masing-masing, barulah ke langkah seterusnya, melamar sebagai kekasih hati.
4.Jadilah diri sendiri, sepanjang perhubungan. Tak perlu berpura-pura baik, kalau nak puji biar kena masa. Tak perlu buat-buat tunjuk ikhlas atau kontrol macho sangat. Tapi taklah bermakna anda boleh berkasar sesuka hati. Cuba kawal emosi dan tabiat buruk ketika anda berdua berjumpa.
5.Wanita suka sikap lelaki yang spontan, peka dan memahami-sesekali anda boleh membuat kejutan kepada si gadis dengan mengirimkan bunga atau hadiah. Tak perlu terlalu romantik sangat tapi janganlah sampai tak ambil berat langsung. Kalau nak buat candylight dinner, tak perlu beria-ria, make it simple!
6.Menepati janji. Kalau dah kata nak jumpa pukul 2pm. Pastikan lebih datang tepat pada masanya. Jangan berulang kali memberi alasan apatah lagi alasan yang sama.
7.Tunjukkan kemampuan serta keyakinan diri. Contoh, kalau takder duit buat cara takder duit. Kebanyakkan wanita sebenarnya lebih suka dengan lelaki yang bersikap sederhana biarpun lelaki itu seorang yang kaya raya. Kalau pandai berjenaka, setiap kali bertemu dan berbual-bual, esekali anda boleh buat lawak tapi awas, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri. Wanita suka lelaki yang berkarisma, mampu menjadi pembimbing dan melindungi.
8.Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa jujur. Sekiranya dia sedang bercerita tentang sesuatu atau mengadu masalah, anda harulah dengar dan sesekali berikanlah respon atau berikan pendapat bernas. Secara tak langsung menjadikan anda seorang yang memahami. Selalu menyokong dan memberi semangat padanya.
9.Cemburu buta, syak wasangka, membuat tuduhan melulu. Itu antara sebab yang boleh buat hubungan anda tidak berkekalan. Jangan gunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Letakkan kepercayaan padanya dan bukannya mengongkong. Sebaliknya anda perlu bersikap tenang dan tidak mudah melenting. Cuba selesaikan satu-satu perkara itu dengan mengajaknya berbincang secara baik.
10.Hormatinya dan jangan ambil kesempatan, itu penting! Kalau masih dalam peringkat berkawan, sentiasa ingatkan diri yang kalian hanya sekadar kawan. Jangan melebih-lebih. Kalau dalam peringkat sebagai kekasih, anda harus buat i gadis merasa dirinya amat penting, rasa istimewa dan jangan ambil ringan dalam semua perkara.
11.Berikan juga layanan yang baik dan mesra kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya. Misalnya bertanyakan khabar keluarganya. Jika rakan-rakan dan keluarga tidak menyukai anda, si gadis juga mungkin akan mempunyai perasaan berbelah bagi terhadap anda.
0 comments:
Post a Comment